Spoilerfor Isi:
Quote:Foto-foto yang Agan lihat ini merupakan foto lama Kowloon Walled City. Tempat ini sekarang sudah dihancurkan dan menjadi tempat wisata bernama Kowloon Walled City Park.
Sebelumnya Kowloon Walled City adalah sebuah tempat yang tidak memiliki hukum. Para triad menguasai kota ini sejak tahun 1950 hingga 1970-an. Di tangan mereka, kota ini menjadi pusat rumah bordil, kasino, dan opium. Tak ada polisi yang berani patroli datang kemari. Jika pun akhirnya muncul, haruslah pasukan bersenjata berat untuk bisa mengatasi serangan Triad.
Walau kota ini penuh dengan banyak gangster. Kehidupan antar masyarakatnya berjalan damai dan harmonis. Kehidupan keras membuat para penghuninya menjalin ikatan kuat untuk menolong satu sama lain.
Pada 1987 dengan persetujuan pemerintah Cina, disepakati untuk meruntuhkan semua bangunan ilegal yang ada di kawasan ini untuk diubah menjadi sebuah taman kota. Dan, proses meruntuhkan kota bersejarah ini pun selesai pada 1994.
Quote:
Quote:
Quote:
Quote:
Quote:Sukar untuk membayangkan sebuah dunia tanpa kerajaan dalam skala terhad fikiran manusia moden. Menggambarkan umat manusia yang bebas secara total, tidak terikat dengan undang-undang, tanpa polis, tanpa tentera,tanpa birokrasi , tanpa pemimpin.
Kalaupun ia belum melangkaui dimensi logik, pasti ia adalah sebuah imaginasi utopia sejati.
Namun sudah termaktub dalam sejarah terpencil tentang kemashyuran Kowloon Walled City. Sebuah penempatan rumah flat haram di Hong Kong yang sangat unik.
Umpama sebuah bandar parasit yang tak sengaja tumbuh dalam landskap sebuah bandar moden. Menjadikannya sebuah wilayah gelap tanpa authority yang namanya merintis ke tingkat lagenda.
Quote:
Quote:
Quote:Kowloon Walled City adalah himpunan blok-blok flat yang sangat rapat hinggakan kelihatan seperti sampah mampat berbentuk kiub yang disusun bertingkat-tingkat.
Ia adalah habitat bagi hampir 50,000 manusia dan dianggap antara penempatan paling padat didunia. Semua bangunan di bina tanpa plan perancangan. Bayangkan sebuah rumah baru dibina di atas rumah yang sedia ada (ibarat anai-anai membina busut ). Dan pertindihan itu berlaku hingga tingginya mencecah 14 tingkat, (iaitu paras limit kerana Kowloon Walled City terletak berhampiran lapangan terbang).
Ya, bunyinya mirip permainan Lego . Lebih unik lagi bangunan-bangunan 14 tingkat tersebut tidak memiliki lif. Tapi itu bukan masalah kerana struktur binaannya yang rapat, penduduk boleh melompat dari blok ke blok tanpa turun ke bawah.
Dekorasi dalaman kowloon Walled City juga tak mengecewakan. Sebuah subterranean berbentuk labirin buatan tangan manusia. Lorong-lorongnya gelap dan lantainya lecak. Sampah berserakkan, sementara tikus dan lipas menjadi bersahabat baik dengan manusia.
Keadaan bangunan yang terlalu rapat membuatkan tingkat bawahnya hampir tak ditembusi cahaya matahari.
Di Kowloon Walled City tidak terdapat saluran longkang, bekalan air disedut secara haram dari kawasan sekitar, sementara elektrik disediakan tapi tiada meter bil, di sana sini wayar dan paip air berselirat silang menyilang, baik di atas lantai, pada dinding mahupun pada siling, sekaligus menghidupkan mood dan suasana horror.
Di sini memang sangat sesuai untuk pengambaran filem gothik urban mahupun filem cyber-punk.
Kalau sejarah dianggap penting maka… ) Kowloon Walled City asalnya adalah kubu milik maharaja China untuk mengawasi serangan lanun.
Semasa penyerahan Hong Kong kepada British dalam perjanjian 99 tahun, kubu pertahanan tersebut tak termasuk dalam perjanjian.
Bila revolusi komunis China berjaya menamatkan pemerintahan maharaja, Kowloon Walled City tidak menarik minat pemerintah Komunis , maka jadilah ia wilayah terbiar tanpa pentadbir. Semasa pemerintahan jepun di zaman perang dunia ke-2, kubu pertahanan itu telah dimusnahkan.
Dan bila sejak pengunduran pihak Jepun, Kowloon Walled City mula menjadi sarang kepada pendatang haram, pengusaha candu dan kumpulan kongsi gelap.
Quote:
Quote:Seperti yang aku katakan pada awal tadi, Kowloon Walled City tidak terikat dengan undang-undang. Secara geografinya ia berada di Hong Kong tapi ia bukan wilayah milik Hong Kong.
Oleh kerana ianya hampir bersifat anarki kerana tidak ditadbir secara hitam putih oleh mana-mana pemimpin, golongan yang paling berkuasa di wilayah yang mengamalkan hukum rimba pastilah puak kongsi gelap.
Walaupun kebanyakkan warganya terdiri dari orang biasa yang tak terlibat jenayah, tapi puak kongsi gelaplah yang menentukan keselamatan perusahaan kilang-kilang haram di situ dengan mengenakan wang perlindungan.
Dan hampir segala larangan di luar sana, semuanya menjadi halal di sini. Misalnya makan anjing tak di benarkan di Hong Kong, namun di sini menjadi hidangan biasa.
Belum lagi dikira pelacuran yang berleluasa, dikatakan disini terdapat pertunjukkan bogel secara terbuka. Perjudian kecil-kecilan hinggalah ke kasino haram semuanya dikawal oleh sindiket kongsi gelap. Tak ketinggalan juga dadah, para penagih lebih suka bersarang di situ kerana selamat dari ancaman pihak berkuasa.
Dengan reputasi jenayahnya yang unggul itu maka tak hairanlah semua pelancong Hong Kong dinasihatkan supaya menjauhi diri dari tempat tersebut.
Dan pada 1970an, pihak berkuasa pernah menggempur kongsi gelap Kowloon Walled City secara besar-besaran dengan batalion 3000 anggota polis.
Sumber :http://www.kaskus.co.id/thread/5274cb093dcb17c535000000/masuk-gan-di-kota-ini-yang-kuatlah-yang-berkuasa
sumber | digali.blogspot.com