Ini
adalah kisah benar yang telah diceritakan oleh pelajar-pelajar Malaysia
di Arab Saudi dan disahkan benar oleh Ustaz Halim Naser, penceramah
bebas yang amat terkemuka di Malaysia.
Ceritanya
begini, pada suatu hari di musim haji yang lepas, pelajar Malaysia yang
sama-sama menunaikan haji telah mengikut seorang Arab untuk
mengebumikan mayat seorang yang meninggal dunia pada musim haji. Makam
tersebut terletak di Ma’la, tempat pengebumian para jemaah haji yang
meninggal dunia di Mekah.
Cara
mereka kebumikan mayat ialah dengan meninggalkan mayat dalam lubang
yang disediakan dan menutupnya untuk kira-kira lapan bulan. Selepas
lapan bulan, lubang itu akan dibuka semula untuk mengebumikan mayat yang
baru.
Pada
hari tersebut, apabila satu lubang dibuka untuk mengebumikan mayat yang
baru, orang Arab tersebut bertempiaran lari kerana dia nampak mayat
sedang bersila, bukan tidur seperti kebiasaannya.
Penuntut Malaysia ini memberanikan diri merangkak ke dalam kubur tersebut untuk melihat dengan lebih jelas.
Hasilnya
dia mendapati memang mayat tersebut sedang bersila dan mayat tersebut
sedang membaca Al Quran, dan Al Quran tersebut memang asli.
Selepas
dilihat seterusnya, ayat Quran yang terbuka ialah Surah Yasin. Satu
lagi perkara ialah mayat tersebut tidak reput dan kain yang membalutinya
juga tidak reput. Yang reput hanyalah kapas yang diletakkan di antara
mayat dengan kain kapan (kain ihram).
Setelah
dibuat kajian, rupa-rupanya mayat tersebut ialah mayat seorang lelaki
berkulit hitam yang kerjanya ialah membersihkan Baitullah daripada
tumpahan air zam-zam.
Kerjanya
tiada lain selain daripada membersihkan Baitullah jika ada tumpahan air
zam-zam. Jika tiada tumpahan, dia kan duduk di satu sudut Baitullah dan
membaca Surah Yasin.
Itulah
kelebihannya bagi orang yang berbakti ke jalan Allah. Inilah yang
membuatkan kita semakin berkobar-kobar untuk mengunjungi Baitullah.
Selepas
peristiwa itu, lubang kubur itu pun di patri (disimen) dan ditandakan
agar tiada mayat lagi yang akan dikebumikan di situ.
sumber | digali.blogspot.com
No comments:
Post a Comment