Seorang pakar genetik Israel, Avigdor Cahaner, menghasilkan genetik ayam tidak berbulu pertama di dunia di fakulti genetik Rehovot Agronomy Institute dekat Tel Aviv, Israel.
Ayam dengan kulit tanpa bulu diciptakan dengan perkimpoian silang antara Ayam Broiler dengan spesies ayam yang mempunyai leher tak berbulu.
Idea di sebalik pembangunan ayam tanpa bulu ini bertujuan menghasilkan spesies ayam yang lebih berkesan, iaitu ayam yang boleh bertahan hidup di negara-negara beriklim panas, dengan kata lain ayam yang akan menjimatkan kos penyelenggaraan memproses ayam.
Dan tentu saja, ayam ini tidak perlu dicabut bulu sebelum dimasak, sehingga mengurangkan kos pengeluaran di kilang pemprosesan.
Namun banyak yang menentang inovasi genetik ayam tak berbulu ini dan mengatakan bahawa perubahan tidak mendapat manfaat haiwan, dan pada kenyataannya kemungkinan untuk membuat hidup ayam-ayam tanpa bulu ini lebih buruk.

