Sebuah keluarga di Centro, di sini, kini
terpaksa menyembunyikan diri selepas seekor anak kambing dilahirkan dengan
kepala menyerupai manusia.Imej anak kambing itu dimuat naik dalam internet oleh
salah seorang rakan mereka, bagi menunjukkan keadaan berkenaan berlaku
disebabkan oleh penggunaan racun bagi menghapuskan serangga di kawasan
berkenaan.
Namun keluarga berkenaan dihujani dengan dakwaan bahawa salah seorang daripada anggota keluarga itu melakukan hubungan seks dengan kambing terbabit, menyebabkan lahirnya anak kambing berkepala seperti manusia.
Ia menyebabkan isteri kepada petani
berkenaan, Olga Villalba terpaksa membuat penafian bahawa dia dan keluarganya
serta rakan-rakan mereka tidak terlibat dalam keadaan yang menyebabkan anak
kambing itu dilahirkan sedemikian rupa.
“Ia telah mati ketika dilahirkan, jadi kami
mahu ia ditanam secepat mungkin.
“Tetapi salah seorang jiran kami yang berada
di sini telah merakamkan gambar berkenaan dan kemudian memuat naik dalam
internet. Malangnya kami dituduh dengan pelbagai dakwaan tidak masuk akal,’’
katanya.
Malah kata Olga, ada pengguna media sosial
yang membuat tuduhan melampau bahawa ia adalah hasil hubungan seks antara
manusia dan haiwan dan malangnya tuduhan itu berjaya meyakinkan orang lain.-mynewshub
No comments:
Post a Comment