EDAN !!! apa yang kamu lakukan kalau RUMAH kamu ketiban batu segede gini ???
 |
batu besar runtuh |
Seorang wanita warga emas nyaris maut apabila
bongkah batu besar runtuh dan merempuh dinding bilik tidurnya, malam semalam.Ketika
kejadian, Wanda Lee Denhalter, 63, sedang tidur dan tidak sempat melakukan
apa-apa untuk mengelak, tetapi dia masih bernasib baik kerana cuma tersepit di
antara batu dan dinding rumahnya.
 |
merempuh rumahnya kira-kira jam 3 pagi |
Menurut Wanda, batu sebesar empat meter dan
setinggi tiga meter itu merempuh rumahnya kira-kira jam 3 pagi. Dia mengalami
patah rahang, tulang dada dan luka besar pada kakinya.Wanda juga bernasib baik
kerana dalam keadaan tersepit itu, dia masih dapat mencapai telefon di rumahnya
dan menghubungi perkhidmatan kecemasan bagi mendapatkan bantuan.
Jurucakap polis St George berkata, Wanda
dikejarkan ke Pusat Perubatan Wilayah Dixie dan menjalani pembedahan hampir
empat jam bagi merawat pelbagai kecederaannya. Sementara itu, suami Wanda, Scot
Denhalter, berkata dia tiada di rumah ketika kejadian.
“Menurut Wanda, dia terdengar bunyi yang kuat
sejurus sebelum batu besar itu melanggar rumah kami,” katanya. Bimbang dengan
bunyi itu, kata Denhalter, Wanda beralih ke sebelah katil dan berdiam diri di
situ.
Katanya, jika Wanda bangkit dan melihat apa yang berlaku, isterinya itu mungkin
terbunuh. “Batu itu menyebabkan katil dan pelbagai perabot lain tercampak lebih
satu meter,” katanya.Dalam keadaan terdesak itu, kata Denhalter, Wanda berjaya
bangkit dan menghubungi talian kecemasan 911.
Sehingga semalam, belum diketahui punca batu
itu runtuh, tetapi Denhalter menjangkakan, paip air yang pecah di pinggir tanah
tinggi berhampiran rumahnya mungkin ada kaitan dengan insiden itu. Pasangan itu
baru berpindah ke rumah berkenaan Disember lalu.Ketika itu, kata Denhalter, dia
menyatakan kebimbangannya terhadap bungkah batu yang ada di lereng berhampiran
rumah mereka.“Tetapi Wanda meyakinkan saya, batu itu tidak akan runtuh,”
katanya.-mymetro