Spoiler for Batu Hakikat:
Batu Hakikat asalnya ialah batu bukit/ gunung. ada juga orang mengatakan batu ini sebagai batu badar lumut. ini krna ia mempunyai sejumlah tumbuhan lumut didalamnya dan ia adalah batu hidup bersifat sejuk. Dikatakan batu ini mempunyai khasiat seperti berikut:
menundukkan musuh, menghilangkan sakit dan menyembuhkan penyakit, menghindarkan ganguan makhluk halus, menghilangkan darah tinggi, serta untuk keselamatan diri
Spoiler for Batu Panca Nur:
Batu Panca Nur atau panca warna adalah sejenis batu akik bercirikan lebih dari dua dr kelima warna. Kelebihan dimata umum ialah pada lima warna ini yaitu merah, hijau, kuning, hitam, putih krna mempengaruhi kekuatan lima pancaindera manusia. Batu Panca Nur yang asli ialah apabila dipegang terasa berat dan getarannya terasa. Batu Panca Nur ini kekuatannya dikatakan mempunyai khasiat seperti berikut:
- Memancarkan cahaya wajah yang menawan kepada sipemakainya
- Memancarkan sisi kewibawaan lalu akan dihormati oleh orang sekeliling. - Membangkitkan rasa percaya dan keyakinan yang tinggi dikhalayak ramai
- Menjadikan musuh tidak berupaya untuk membuat sesuatu yang jahat pada kita.
- Orang akan menjadi kagum, sangat percaya dan tertegun dengan kata-kata kita.
Spoiler for Batu Lafadh:
BATU LAFADH adalah berbentuk/ bergambar/ tertulis secara alami kalimat Allah atau huruf-huruf arab . Amat jarang ditemui di dunia perbatuan. Jika ditemui batu jenis ini, anda perlu berhati-hati dan meneliti sepenuhnya krna terdapat banyak batu-batu campuran yang dibentuk seakan batu-batu yang asli yang mana disebut batu sintesis
Spoiler for Batu Serai:
BATU SERAI hanya diperolehi dari pokok serai yang berbunga atau pada tumbuhan-tumbuhan yang mengeluarkan bunga seakan bunga padi. Untuk diketahui semua, pokok serai adalah tumbuhan yang amat sulit untuk mengeluarkan bunga dan pokok serai yang mengeluarkan bunga amat sulit dan jarang-jarang untuk ditemui. Jika ditemui pokok serai berbunga, untuk mengambil batu-batu yang terdapat dibagian bawah perdu pokok serai tersebut memerlukan kaedah dan cara-cara yang tertentu dan hanya orang-orang yang arif dengannya saja yang mampu mendapatkan batu serai. Terdapat brbagai jenis warna yang biasa didapati seperti warna merah, kuning, warna jernih, biru,hijau dan ungu. Kelebihan dan keistimewaan batu serai dimata umum ialah untuk pemanis dan pelaris.
Spoiler for Batu Zamrud:
Emrald atau zamrud merupakan batu permata bewarna hijau yang sentiasa dikagumi sejak dahulu. Peminat batu cincin kebanyakannya mengakui batu ini adalah amat cantik dan berkhasiat tinggi dari segi spiritual. Kekerasan zamrud dalam skala Mohs ialah diantara 7 hingga 9. batu zamrud adalah batu yg sangat berharga dan tidak byk yang dapat memilikinya kerana faktor harganya yang agak tinggi. Zamrud jarang dijumpai didalam ukuran yg besar dan batu zamrud yang paling bernilai/ paling tinggi kualitinya berasal dari negara colombia yang harganya cukup mahal mncapai puluhan bahkan ratusan juta. Emrald atau zamrud merupakan batu permata atau birthstone untuk mereka yang lahir dalam bulan mei. Walaubagaimanapun batu ini tetap bs dipakai oleh siapa saja tanpa terpaku olh bulan kelahiran. Pada masa dahulu, zamrud hanya dipakai oleh golongan bangsawan,raja-raja dan pembesar negara sebagai simbol keagungan dan kekuasaan. Para pemakai batu zamrud juga percaya dan yakin batu ini akan memberi keuntungan da keyakinan yang tinggi
Spoiler for Batu Badar Besi:
Batu badar besi mengandung unsur serum dengan kandungan oksigen yang tinggi sehingga memiliki warna abu2 kehitaman dan memiliki kekerasan 5-6 skala Mohs. Sebenarnya batu badar besi banyak dijumpai didaerahbrazil, mexico, Australia dan amerika yang dekat dgn kawasan pergunungan yang sering terjadi banjir lahar ratusan tahun dahulu.
Cerita masyur yang diketahui mengenai khasiat batu badar besi banyak sekali. Yang paling utamanya ialah anti senjata tajam atau kebal bahkan kebal kepada peluru. Lainnya ialah sebagai pagar diri, mampu melindungi pemiliknya dari bahaya sihir, dan menghindarkan aura jahat.
Spoiler for Batu Kecubung:
Spoiler for Delima Merah:
Spoiler for CHRYSOBERYL CAT'S EYE (MATA KUCING):
Spoiler for Batu Tiger Eye (Mata Harimau):
BATU TIGER EYE juga dikenali sebagai batu mata harimau ini tergolong dalam keluarga Quartz. Batu ini diberi nama krna warna dan jalur cahaya yang meliputinya apabila dipandang seolah-olah seperti mata sang harimau yang sedang merenung tajam. Warna dominan bagi batu ini ialah kuning yang bercampur dengan hitam dan campuran coklat serta orange. Kekerasan skala mohs bagi batu tiger eye ialah pada skala 7 yang banyak dijumpai di negara afrika selatan, russia, australia barat, negara jerman dan china. Tiger's eye sesuai dipakai oleh semua golongan dan berbagai peringkat lapisan masyarakat. Khasiat dan kekuatan yang menjalarinya dipercayai menjadikan pemakainya akan disegani lawan dan dihormati kawan, segala perintah dan kata-kata sipemakainya akan mudah diterima dan dipatuhi orang. Batu ini juga dipercayai menjadi senjata menangkis pebuatan sihir dan jahat.
Spoiler for Batu Jarum Mas:
Batu jarum mas termasuk dalam kumpulan batu-batu jenis Quartz yaitu ia adalah jenis Rutilated Quartz. Terdapat banyak warna batu dalam kumpulan quartz ini seperti warna merah jambu, kuning, biru dan hijau serta hitam dan putih tetapi batu jarum mas biasanya mempunyai warna dominan jernih keputihan dengan didalamnya terdapat garis2 warna kuning yang terbentuk memanjang seolah-olah seperti bentuk jarum. Batu jarum mas mempunyai paling banyak jenis dan nama krna quartz ialah salah satu unsur mineral yang paling banyak didapati dibagian kerak bumi. kekerasan batu jenis ini berada pada ukuran 7 skala Mohs. terdapat catatan menyatakan quartz adalah bahan yang biasa digunakan sebagai bahan mistik dalam mitologi orang asli Australia yang menunjukkan batu ini mempunyai khasiat dan kelebihan yang besar dalam dunia mistik. didalam masyarakat melayu nusantara, Batu jarum mas dipercayai menjadi alat pertahanan diri dan untuk keselamatan pemakainya.
Spoiler for Batu Saphire:
Nilam juga biasa disebut sebagai sapphire atau safir. Batu nilam amat dikenali didunia perbatuan sebagai batu yang digemari ramai pencinta batu permata dan sulit untuk diperolehi. Struktur mineralnya adalah berbentuk kristal tunggal aluminium oksida yang mana menyebabkan nilam memiliki kekerasan yg cukup tinggi yaitu 9 pada skala Mohs. Nilam dipasaran ketika ini banyak berasal dari negara Burma, Srilangka, Thailand,Russia, kalimantan Indonesia dan juga Afrika. Batu permata Nilam yg terkenal didunia adalah blue shaphire (safir berwarna biru) yang mana struktur mineral dan seratnya memiliki keunikan pancaran cahaya yang berbeda-beda menjadikannya kelihatan amat mempesona. Terdapat juga nilam berwarna hitam, kuning dan putih tetapi harganya tidak sbanding dengan nilam berwarna biru. Kelebihan dan mitos yang menjalar pada batu nilam ini diyakini dapat menjernihkan pikiran, meningkatkan kekuatan fisikal dan kedamaian hati, membawa kebahagiaan, meningkatkan keyakinan dan tujuan hidup. Raja-raja dan para pemerintah negara memakai nilam untuk menampilkan wibawa dan sebagai pertahanan yg kuat terhadap bahaya. Keistimewaan dimata umum yang paling utama bagi batu nilam ini ialah meningkatkan aura penarik bagi pemakainya. Batu yang istimewa ini ialah birthstone atau batu yang sesuai untuk mereka yang lahir pada bulan september.
Spoiler for Batu Pirus:
Batu Pirus juga dipanggil sebagai "turqouise"dikenal ramai pecinta batu permata sebagai batu yang berwarna biru dan hijau dengan jalur urat yang menarik dan unik terbentuk padanya. Batu pirus mempunyai campuran mineral tembaga, aluminium dan ferum (besi) yang memberikan peranan terhadap pembentukan warnanya. semakin biru warnanya menunjukkan kandungan tembaga didalamnya adalah tinggi dan jika warna hijaunya yang menonjol, menunjukkan kandungan ferum (besi) juga tinggi. Batu pirus ditetapkan mempunyai kekerasan pada 5-6 pada skala Mohs. Ia banyak di jumpai di negara Iran, Afghanistan, Israel, Amerika dan negara Mexico. Biasanya batu ini banyak dipakai oleh mereka yang berumur 40 tahun keatas. Peminat batu ini begitu tertarik dengan pirus krna keindahan dan keunikan urat-urat batunya yang terbentuk dengan menarik dan cantik. Batu pirus yang paling terkenal dan tinggi harganya dipasaran ialah pirus berwarna biru atau hijau dari negara Iran yang tidak memiliki jalur atau corak diatasnya. Khasiat yang menjalari batu istimewa ini dipercayai membantu dalam proses penyembuhan penyakit, memberikan ketenangan pikiran dan membuka aura
http://www.kaskus.co.id/thread/5359ee741e0bc372798b48f8/13-batu-cincin-dan-manfaatnya/| digali.blogspot.com