Shivanathu Sahu dan adiknya Shivram ialah
kembar siam berusia 12 tahun yang dilahirkan bercantum di pinggang.Mereka
berkongsi dua kaki dan empat tangan dan dipercayai berkongsi perut tetapi
mempunyai jantung, hati dan otak sendiri.
Doktor percaya mereka boleh dipisahkan, namun kembar ini nekad untuk
terus hidup bersama.
“Kami tidak mahu dipisahkan. “Kami akan bersama
sampai tua seperti ini,” kata Shivram ketika diwawancara stesen televisyen
Barcroft.Kes kembar siam berlaku satu dalam setiap 200,000 kelahiran dan
separuh daripadanya dilahirkan mati.
Selain itu, mereka juga boleh bergerak di kampung mereka.“Kami belajar sendiri semuanya. Kami menunggang basikal ke sekolah, dan tiada masalah bermain kriket,” kata Shivanath. Bapa mereka, Raj Kumar, 45, berkata mereka juga pelajar cemerlang. Dia percaya walaupun dengan sikap positif yang ada, kehidupan sentiasa memberi cabaran untuk mereka berdua.
Pakar kanak-kanak di Fortis Institut Penyelidikan Memorial di Gurgaon, India, Dr, Krishnan Chugh berkata, pasangan kembar itu boleh dipisahkan. Tetapi kerana mereka berkongsi kaki, mungkin hanya Shivram sahaja akan mendapat anggota itu sementara Shivanath akan lumpuh.
Chugh berkata, dia faham kenapa kembar dan bapa mereka tidak mahu berdepan dengan senario itu, tetapi keadaan akan berubah apabila kembar itu dewasa kelak.-mymetro





