Penternak
terpaksa membunuh semua anak itik peliharaan mereka ketika wabak
selesema burung kembali merebak di China.Setakat ini seramai 20 orang
disahkan terbunuh dan 70 lagi dirawat di hospital kerana dijangkiti
virus baru selesema burung, dikenali sebagai virus H7N9.
Bagi
mengelak virus itu merebak, pekerja ladang ternakan itik di wilayah
Fujian membunuh beribu-ribu anak itik yang baru menetas. Dengan menutup
hidung, mereka menggunakan penyodok untuk mengangkat anak itik itu dan
mencampaknya ke relau bagi memastikan tiada virus yang
terselamat.Beberapa hari lalu, Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) memberi
amaran, lebih ramai manusia akan dijangkiti virus H7N9.-mymetro
sumber | digali.blogspot.com
sumber | digali.blogspot.com