Sepasang kembar yang lahir selang seminit,
berkongsi segala-galanya dalam kehidupan mereka. Bukan sahaja pekerjaan, kereta
dan akaun Facebook malah teman lelaki juga dikongsi kedua-duanya.
Perkongsian itu juga nampaknya tidak cukup,
hinggakan Anna dan Lucy DeCinque, 28, sanggup berbelanja wang untuk melakukan
pembedahan komestik bagi memadamkan perbezaan antara mereka.
Mereka menanam implan di bibir, payu dara dan
kening palsu dengan anggaran kos pembedahan sebanyak £130,000.Wanita terbabit
yang berasal dari Perth menghabiskan masa setiap hari bersama dan turut
berkongsi bilik tidur.
Anna dan Lucy menetap di rumah ibu mereka dan
kedua-duanya percaya dengan berkongsi teman lelaki, Ben Byme, hubungan cinta
mereka sudah sempurna.“Kami menjalin hubungan dengan seorang lelaki
dan kami berkongsi. Bagi lelaki, memiliki dua teman wanita adalah sesuatu yang
mereka impikan,’’ katanya.
Kedua-dua beradik itu memberitahu, mereka
tidak dapat dipisahkan sejak kecil lagi hinggakan ibu bapa mereka berasa
runsing terutama mendiang bapa mereka, Luigi yang meninggal dunia pada 2010.
“Kami gembira bersama malah ketika remaja
kami akan bertukar –tukar teman lelaki,’’ katanya Anna yang memberitahu bahawa
mereka tidak pernah berasa jemu antara satu sama lain.-mynewshub.my
sumber | digali.blogspot.com















No comments:
Post a Comment