Ahli bina badan di Brazil meletakkan diri
mereka dalam bahaya apabila menyuntik diri mereka dengan alkohol dan bahan
kimia yang boleh membawa maut semata-mata untuk membesarkan otot.Arlindo de
Souza mempunyai otot lengan berukuran 73 sentimeter - yang terbesar di Brazil-
selepas mengambil suntikan berkenaan yang menyebabkan otot badan kelihatan
bengkak seperti karakter kartun Popeye.
Di antara mereka yang menggunakan kaedah itu, ada yang terpaksa dipotong
lengannya akibat jangkitan, tidak kurang juga yang meninggal dunia. “Kawan saya
Paulinho mati kerana melakukan perkara ini. Saya sangat terkesan dengan kematiannya.
Kami melakukan perkara yang sama tetapi dia melampaui batas. Saya nasihatkan
supaya tiada sesiapa mencuba kaedah ini,” kata Arlindo.
“Saya sudah berhenti mengambilnya, tetapi
perasaan untuk melakukannya lagi masih ada. Namun, saya berjaya mengawal diri
sehingga kini,” katanya.Peminat Arnold Schwarzenegger yang digelar ‘The
Mountain’ di kampungnya itu pernah menggunakan steroid, hormon dan pil kuda
untuk merangsang pertumbuhan ototnya.Kemudian seorang kenalan di gimnasium memperkenalkan “minyak ajaib” yang mampu merangsang pertumbuhan ototnya. “Lelaki itu memberikannya kepada saya dan berkata, “Cuba yang ini, ia akan buat otot kamu membesar dalam tempoh yang singkat,” kata Arlindo.
Dia yang masih bujang dan tinggal di Olinda, Brazil bersama ibunya berkata: “Saya menyuntik badan dengan minyak yang diberikan dan sejak itu otot saya membesar. “Secara jujurnya, saya tidak merasai kesan sampingannya kecuali kadangkala pening. Selain itu memang tidak ada apa-apa,” kata Arlindo.-mymetro
sumber | digali.blogspot.com
No comments:
Post a Comment