Pengeluar kenderaan mewah dari Jerman, BMW AG
semalam memperkenalkan model elektrik kompaknya yang dikenali sebagai i3.Modeli3 dibina menggunakan material gentian karbon untuk mengurangkan berat dan
meningkatkan prestasi pemanduannya.
Ketua Pegawai Eksekutif BMW AG, Norbert
Reithofer menegaskan bahawa i3 memang dibina sebagai sebuah jentera elektrik
sejak awal lagi.BMW AG menyatakan, i3 dibina di kilangnya di Leipzig, Jerman.
Ia berupaya mencatat kelajuan daripada 0 hingga 100 kilometer sejam (km/j)
dalam tempoh hanya 7.2 saat.
Dengan satu caj penuh, i3 boleh bergerak
sejauh 130 hingga 160km manakala model yang dilengkapi enjin konvensional boleh
mencatat jarak sehingga 300km.Kereta i3 dijangka dijual di pasaran Jerman serta
negara Eropah lain pada November.Ditawarkan pada harga AS$46,000 (RM148,441)
seunit, ia bakal memasuki pasaran Amerika Syarikat, Jepun dan China pada tahun
depan. -Kosmo
sumber | edan77.blogspot.com |









